Luhan dan Sehun. Kembar paling akrab di sekolah. Pelajar paling popular di XOXO High. Bagaikan belangkas. Tapi..Itu dulu.
"Luhan." Sehun menarik nafas.
"Yup?" Kening diangkat.
"Do you have something to tell me?" Dia memandang kearah abangnya.
"Nope. Why?" Mata Sehun yang memandangnya cuba dielak.
Dia menyandar di sofa. "Aku takut kau ada apa2 nak sorok. You look so weird this days." Nada suaranya kedengaran prihatin.
" I've told you." Dia bingkas bangun. Menuju ke bilik tidur. Pintu ditutup. Dikunci. Meninggalkan 1001 pertanyaan yang kekal misteri.
Sehun menunduk. Ada sesuatu yang mengganggu abangnya. Sekarang, hubungan mereka sudah menjadi sedikit renggang. Abangnya tiba-tiba menggunakan moto 'None of your business!' Ditanya panjang lebar sekalipun, abangnya hanya menjawab, paling banyak pun lima patah perkataan. Kadang2 langsung dibiarkan tidak berjawab. Dia terus melelapkan mata di sofa.
Hari seterusnya;
Sehun turun ke tingkat bawah untuk ke sekolah. Dia hendak mengajak Luhan yang tidur di tingkat bawah untuk pergi ke sekolah bersama-sama, seperti selalu. Matanya terarah ke kertas diatas lantai. Dia terus mengambilnya.
"UNTUK SEHUN"Kau pergilah sekolah sendiri. Aku ada hal. Mianhaeyo, Sehun ah. I have work to do. Cakap kat cikgu, aku sakit kepala. Mungkin aku balik lambat
Tak payah risau apa2. I'm fine. Jangan cari aku. Kalau aku tak balik rumah aku telefon kau, cakap aku kat mana.Belajar elok-elok. Mungkin aku tak dapat teman kau belajar macam biasa.
"Macam pelik pulak."gumamnya. Dia mengetap bibir.
Di hospital, Luhan terbaring di wad. Matanya menakung air mata kesedihan. Dia hanya menunggu masa. Untuk meninggalkan dunia ini.
Sikapnya berubah sejak mengetahui bahawa dia mempunyai ketumbuhan dalam otak. Dia tak mahu sesiapa pun mengetahui, termasuklah Sehun.
Dia terdengar suara yang memanggil-manggil namanya. Suara Sehun, adik yang disayanginya.
"Luhan! Apa..Kau buat kat sini! Kau sakit? Kenapa masuk wad ICU?" Sehun bertanya, bertubi-tubi.
Luhan tersenyum lemah. "Aku ada ketumbuhan dalam otak. Aku selalu sangat sakit kepala. Aku diamkan aje. bila aku tau aku ada ketumbuhan,aku fikir, aku ada masa. untuk hidup, lagi lama. rupanya tak. Doktor cakap, aku ade sebula je lagi. dan, sebulan dah berlalu. sakit aku makin teruk."
"No! You can't leave me! Ingat tak janji kita? Kita membesar, jadi penyanyi kat SME. Kau tak boleh pergi dulu!"Sehun menjerit sambil menangis.
Tangan Luhan yang menggenggam tangannya itu terkulai. Meter menjadi lurus, tanda tiada lagi denyutan nadi.
Salji yang cantik turun. Sehun memandang langit dengan mata yang berkaca. Dia masih teringat saat abangnya masih bersamanya dahulu.
Mereka akan berkejar-kejaran seperti budak kecil, sambil bermain salji.
Mereka akan merakam video sambil bergelak ketawa.
Mereka akan duduk di bangku sambil memakan aiskrim kegemaran.
Mereka akan menyanyi lagu "Happy Birthday" bersama-sama.
Sehun memandang kek yang masih berada didalam kotak. Ya, hari ini hari lahirnya. Hari lahir dia dan Luhan.
Tiada lagi baling-membaling bola salji.
Tiada video sambil ketawa terbahak-bahak.
Tiada duduk di bangku sambil memakan aiskrim.
Tiada nyanyian "Happy Birthday" secara berduet.
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Luhan..
Happy birthday to you..." Setitis air mata jatuh ke tanah.